Tuesday, August 30, 2011

Traveler, you and me


Musafir ini masih jauh
panjang
ketelitian dalam memilih ketua musafir ini
bimbang salah pilih
salah juga jalannya nanti

Tuesday, August 16, 2011

Dia menanti kalian di sana

Alhamdulillah.

Allahmdulillah untuk nikmat iman dan Islam, juga untuk nikmat hidup ini yang memberi aku peluang untuk mengenalNya disepanjang perjalanan menuju redhaNya. Alhamdulillah ya Allah!

Hakikat kehidupan bahawa mati itu pasti menyusul. Tidak kira berapa umur tuan punya badan, si mati pasti hadir  mengikut arahan Ilahi. Mati. Ya, mati.

Khabar berita seminggu lalu mengenai kematian anak saudara benar-benar terkesan di hati. Macam-macam yang terfikir. Kandungan yang sudah berusia hampir 6 bulan, tidak sempat menatap dunia ciptaan Yang Esa, tidak sempat melihat wajah kedua orang tua yang sangat mengimpikan kehadirannya.
Berembas air mata mengalir. Sedih. Saya yang bukan si ibu yang mengandung dah rasa sangat sedih, apatah lagi kakak ipar. Teringat ba dan abang yang tidak sabar menanti si anak kecil itu lahir.

Kata ba dengan nada yang gembira,
'Adik, tau tak kak anis scan hari tu, doktor cakap anak lelaki.....'

Abang pula, 
' Adik, cuti bulan 12 adik jangan pi mana2 tau, jaga kak anis dalam pantang nanti...'

Cucu pertama dari anak lelaki yang dinanti semua. Dalam fikiran, macam mana keadaan kak anis? Ini kali ke dua dia miscarriage. Dalam hati tak putus-putus berdoa, moga ditabahkan mereka menghadapi sapaan sayang dari Tuhan melalui kehilangan anak yang dinanti.

Saya kagum dengan abang. Yes, my abang! My hero! Sama macam dulu, sentiasa memberi semangat tika  ujian mula menyengat. Semestinya, dia seorang suami harus menguatkan isteri. Alhamdulillah, masing-masing positif dengan apa yang berlaku. 

Sajak yang saya ambil dari FB  kakak ipar,

Anak kecil itu berlari riang
Ku kira hatinya gembira mendapatkan hadiah

Diusungnya kemana saja dia pergi
Jika ditarik, pantas dicapai kembali

Dia menoleh ke arah ku
Senyum simpul bibirnya yang mungil itu

Ku tertawa kecil melihatkan gelagatnya
Ahh...inilah yang dinamakan bahagia

Perlahan-lahan ku tersedar
Ku bangun melontarkan pandangan ke luar

Langit mendung bunyi gemuruh
Sudah masuk waktu musim luruh

Insya allah...jalanku masih jauh
Akan ku susuri selagi kudrat mengalir di tubuh

Si kecil menantiku di sana
akan ku temui dia bersama teman sehati sejiwa

Yah..suatu hari nanti
Pasti
Kerana itu adalah janji Allah
yang ku pegang erat, ku semat di dalam hati...


Ya Allah, kuatkan abang dan kakak. Yakinkan mereka bahawa ini adalah sapaan sayang dariMu sekadar menguji sejauh mana yakinnya mereka dengan qada' dan qadarMu.

Buat abang dan kakak, usah risau. Si dia sedang menanti kalian di sana untuk menghuni Mahligai Yang Esa bersama. 

Bahagia rasa bila setiap yang berlaku disandarkan hanya padaNya.


 

Friday, August 12, 2011

Bersediakah menjadi penyejuk mata?

Aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku supaya menjadi penyejuk matamu, kerana aku juga turut sama mendoakan dirimu setiap kali dalam doaku. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan hubungan kita dengan Allah, agar dapat menjadi penyejuk mata antara satu sama lain suatu hari nanti, insyaAllah.
 ****
” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
 
Taken from www.myilham.com.

Aku ingin kerehatan di sana

Alhamdulillah, welcome to 2nd phase of ramadhan. 

Lately, memang letih.  Benar la kata Imam As Syahid Hassan Al Banna,

'Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada'
 
Letih. Itu perkara biasa dalam rutin kita sebagai manusia. Ada yang pergi kerja, then balik letih. Ada yang rutin hariannya pergi sekolah, then buat homework dan dia rasa letih. Bermacam -macam situasi. Tapi bagi orang mukmin, letih yang di rasa itu letih yang manis. Manis? Ya, letih yang manis sehingga merasakan letih itu letih yang membahagiakan. Bahagia kerana masa-masa yang ada terisi dengan amal islami, tiada ruang untuk jahiliyah menapak. Biarpun letih, tidak mengapa kerana letih itu bernilai disisi Allah.

Bicara sayang dari Allah menerusi Surah Ali Imran : 200,
 
'Wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung'
 
* Banyak kerja yang menanti dan tanggungjawab juga makin bertambah. Allahumma yusahhil.

Pujuk hati "Rabia, ini saja saham kamu di sana nanti'


Thursday, August 11, 2011

Untuk aku dan kau


Tatacara Berurusan & Muamalah:

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?


3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Basically, nampak macam susah nak apply dalam urusan seharian tapi tak mustahil. InsyaAllah boleh. 

* Sesiapa yang nampak saya ter'over' dalam berurusan dengan kaum adam, silakan tegur. 

      Ramadhan ini, mari sucikan jiwa, jadi wanita yang lebih bermaruah ♥



Sunday, August 7, 2011

Bila Akhawat Jatuh Cinta


Akhwat Jatuh Cinta??

Tidak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Adakah akhwat tidak pantas jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???

Tidak ada senyum bahagia, tidak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...


Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…

Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternoda…

Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah…

Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhuwatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…

Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…

Kerana yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu,
jika Allah tidak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti…
Bersabarlah…
Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... akan ketentuan Rabb-Mu terhadapmu…
Semua akan indah pada waktunya…


Buat ukhti yang sentiasa mengharapkan sapaan Ilahi,

Sedikit hidangan pengubat hati yang gelisah,
Secebis perkongsian tips menepis cinta yang tak diingini :
1- Tegas dengan prinsip diri.
2- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
3- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
4- Mengekang hawa nafsu.
5- Mendekati majlis ilmu.
6- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.
7- Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Wahai kaum Adam yang mengharapkan ratu hati yang solehah,

Janganlah akhi menjadi antara tangan-tangan yang menggugurkan kelopak mawar indah,
Ketahuilah bahawa kelopak itu umpama hati si ratumu,
yang mudah rapuh,mudah gugur hanya dengan kata2 manis mu,
walau biasa bagimu tapi ia berbisa bagi si mawar .

Jika hati sudah berkenan,diri sudah bersedia menjaga si mawar di taman,
petiklah ia dengan izin pemilik taman terjaga itu,
ingatlah bahawa si mawar ada pemilik yang perlu dimuliakan dan dihormati,
jangan sampai tangan akhi yang memetiknya tanpa izin seperti membelakangkan wali si ratu hati,
Permulaan yang rapuh jangan diimpikan akan terus kekal dengan teguh.
Agar taqwa dan cinta kepadaNya menjadi tunggak
binaan masjid akhi dan ukhti.

Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji, pesanku buat diriku dan buatmu ukhti dan akhi,cintailah Allah,nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.


“Hanya Soleh Yang Mengenal Solehah”

*****

Moga setiap titsan air mata yang mengalir dek kerana kekhilafan ku yang membiarkan pintu hati ini seperti tiada hijab menjadi air yang bisa memadam api neraka.
Air mata itu juga menjadi saksi bahawa hakikatnya aku tidak rela menduakan cintaMu.
Ya Allah, pimpin hati ini agar ia bisa hidup kembali.


Saturday, August 6, 2011

Tips puasa untuk anak-anak.




Comel je kan? hehe.

Bole masuk dalam folder tarbiyatul aulad :)


Energi Para Pendosa


Diri ini kerdil, tetapi bisa menjadi besar di hadapan Allah dengan TAUBAT ...



Dosa itu sebenarnya satu halangan.

Sesiapa sahaja yang memiliki dosa , maka masih ada penghalang antara dirinya dengan syurga Allah.

Ada penghalang itu, bukannya bermaksud dia tidak berhak memasuki syurga Allah.

Dia berhak, cuma dihalang, umpamanya anda dan saya.

Anda ingin berlari kepada saya. Tetapi di tengah perjalanan, anda dihalang oleh sebuah tembok besar yang menghalang anda untuk sampai kepada saya.

Bila dihalang, maka apa yang akan anda lakukan?

Orang yang bersungguh-sungguh, dia akan mencuba dengan pelbagai apa cara sekalipun, melompat, memanjat, menggunakan tali dan sebagainya, supaya sampai kepada saya.

Tetapi, orang yang malas dan memang tidak mahu, maka biarlah tembok itu kecil sekalipun, dia hanya akan terduduk terus sambil mengeluh panjang, dengan harapan tembok itu akan hilang sendiri.

Mungkinkah tembok itu boleh hilang sendiri?

Tidak mungkin sekali.

Maka, begitulah dosa.


TAHNIAH, WAHAI PARA PENDOSA !

Orang yang melakukan dosa sengaja atau tidak sengaja, ia telah membina tembok demi tembok halangan untuk dia sampai ke syurga Allah.

Bayangkanlah jika hari ini, anda telah melakukan satu dosa, ditambah lagi dengan dosa-dosa kelmarin, dosa tahun lepas, maka agaknya berapa lama anda akan sampai merentasi tembok-tembok dosa yang telah anda bina itu?

Beratnya kesan dosa. Kita semua tahu hakikat itu.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya bermaksud:

“Sungguh, ketika seorang mukmin melakukan satu dosa, maka satu titik hitam akan ditorehkan di hatinya, namun apabila ia bertaubat, menarik diri dari perbuatan itu dan meminta ampun, maka hatinya akan dibersihkan kembali. Tetapi sebaliknya, jika semakin sering dia melakukan dosa, maka titik hitam tersebut akan semakin bertambah hingga akan semakin hitam….(HR Tirmizi, No.3334)

Dan semua manusia akan tetap berdosa kecuali Nabi dan Rasul. Itu juga adalah hakikat.

Kalau sudah dosa itu berat kesannya, maka kenapa Allah menjadikan manusia itu tetap akan berdosa?

Hah. Di sinilah letaknya jawapannya.

Supaya dengan dosa itu, ia menjadi ‘booster’ kepada kita untuk memacu dan bergerak ke arah yang lebih baik.

Supaya dengan dosa itu, manusia mengenal jalan mana yang baik, jalan mana yang merosakkan.

Supaya dengan dosa itu, manusia nampak jalan untuk mengubah dirinya.

Bagaimana dosa boleh menjadi ‘booster’ pula sedangkan ia asalnya adalah penghalang kita untuk lebih dekat dengan Allah?

Ya. Ia akan menggerakkan hati dan menolak jiwa untuk ke hadapan bila kita telah sedar dan bertaubat atas dosa-dosa itu.

Ingatkah lagi pada peristiwa Malik bin Dinar?

Seorang ulama’ sufi yang asalnya dahulu seorang pegawai kerajaan yang selalu hidup dalam keadaan maksiat dan berfoya-foya.

Namun, kesedaran yang diturunkan Allah membangunkan jiwanya untuk mewakafkan dirinya untuk agama Allah.

Dia itu, yang selepas berdosa, jauh lebih baik daripada sebelumnya.


BERGERAK DENGAN ENERGI, RAMADHAN SEBAGAI BEKALAN

Anda, wahai para pendosa, tidak mungkin anda berjalan dan bergerak dengan lebih baik sekiranya tidak ada bekalan.

Biarpun anda sedar dan telah bertaubat atas dosa-dosa anda, tetapi anda tetap perlukan bekal untuk hati anda terus subur dalam menggerakkan diri untuk melakukan kebaikan.

Maka, Ramadhan adalah hadiah daripada Allah untuk anda dan kita semua.

Kerana kita adalah pendosa. Maka, kita perlukan bekalan untuk bergerak terus dalam kehidupan dengan jiwa yang Rabbani.

Jiwa yang Rabbani adalah jiwa yang sarat diisi dengan buah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Bekal-bekal yang meneguhkan langkahan di jalan kebaikan dan membangunkan kreativiti dalam menjauhi dosa.

Lihatlah peristiwa Abu Bakar al-Misky, seorang tabiin yang cukup menjaga dirinya kerana memilki TAQWA dalam hatinya.

Beliau diuji dengan tawaran zina daripada seorang wanita, tetapi itu tidak mengghairahkannya, bahkan menambah ketakutannya kepada Allah.

Kreatifnya beliau menghadapi bencana dosa itu, beliau mengambil taik dan melumurkan di seluruh badannya. Maka ketika itu, sudah tentulah wanita itu tidak mahu lagi kepada dia.

Kesan TAQWA itu, ia melahirkan jiwa yang sensitif dan kreatif bila menghadapi masalah dosa.

Sebab itulah Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Dan berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekal adalah TAQWA.”

Maka, Ramadhan adalah medan terbaik untuk mendapatkan bekal itu. Dan sememangnya Ramadhan disediakan oleh Allah untuk itu.


PENUTUP : JADI LUAR BIASA DENGAN ENERGI PENDOSA !

Kita semua tahu bahawa kita adalah pendosa.

Maka, bila kita tahu kita adalah pendosa, kita perlu bergerak meninggalkan dosa.

Orang yang tahu dan sedar dirinya adalah pendosa, maka dia akan selalu bimbang dan risau.

Kenapa?

Supaya dirinya tidak jatuh lagi ke lembah kehinaan itu.

Maka dari situ, ia berusaha bangkit dan menuju ke arah kemuliaan dengan kesungguhan. Bahkan, ia sentiasa berwaspada supaya tidak jatuh lagi dalam perjalanan itu.

Orang yang sentiasa merasakan dirinya bersih, tidak berdosa, maka itu yang lebih dirisaukan kerana lebih mudah jatuh ke dalam lembah kehinaan itu.

Bila rasa diri bersih, maka dia akan merasakan tidak perlu lagi kepada taubat.

Tetapi bila rasa diri berdosa, maka dia akan merasai kegentingan dan urgensi untuk bertaubat.

Hebat energi para pendosa, tetapi bukanlah bermakna saya menyuruh anda supaya melakukan dosa.

Keluarlah daripada kepompong dosa, supaya anda dapat terbang bebas dalam taman-taman kemuliaan !