Saturday, December 24, 2011

:)


Hari ini aku senyum bahagia
bahagia melihat si dia mula meninggalkan dosa
 Sayangku, moga Allah sentiasa menjagamu ><


Sunday, December 18, 2011

He knows best

Salam 'alaikum.

Tadi text my hero.

' I can't grad with 1st clas, even i got 4 flat for this sem :( ' Then, my hero tak reply pun. Sedih T_T

***

Time PESAT tadi, my hero call, happy kot ><

' Adik ada ijtima' ni (Kalau sebut PESAT, dia paham ke? :D), nnti col balik'.

Tuuuttt, ttuuutttt.

***

'Assalamu'alaikum'

'Wa'alaikummussalam'

'Haaa, Why you sad? ' ( Suara pompuan. Oke, buah hati my hero)

' Sedih la, tak bole nak grad dengan 1st class'

' You shouldn't be sad laa. Oke, Who makes everything happen?

' Allah....but i've my own target' (dengan suara sedih) Mengada betul! ><

' but Allah also has target for you. Allah tak bg sekarang, Allah bg nanti..'

' Oke, baikkk.  mana abang?'

...................

' Adiiikkk, it's not about 1st class, it is about the knowledge that He gave to you. Kan? ' (Oke, ni baru my hero cakap)

'Yaaaa....'

' You should be grateful cause Allah gives you the chance to study, to gain the knowledge dan adik lagi pandai dari abang ' (Pandai betul memujuk :D)

' Eleeehhh, but you always want to be the winner...'

' * Laughingg......'

                                                                         ***

Oke. Tipu la cakap kalau tak sedih bila tau tak boleh nak grad dengan first class. Tapi macam statement yang di bold kan tu.
Mungkin Allah suruh usaha lebih lagi.
Mungkin juga Allah nak didik supaya bergantung dengan Dia sungguh-sungguh.
Mungkin juga Allah nak suruh recheck diri , mana- mana perbuatan yang menyimpang. Adesss. *Sila istighfar
Dan banyak lagi kemungkinan yang ada. Yang penting sesuatu tu berlaku pasti bersebab. Kan?

Baru diploma kan? Ada degree, master, phd. Haaa, buat elok2 ye cik rabia ><


* Trying my best to be the best in Allah's eyes. Mahu berdating dengan Mu tiap malam T_T
* Menitis air mata bila murabbi nak pergi. Allah, sayangi dia. Berikan kesihatan yang baik buatnya. berikan pengakhiran yang terbaik buatnya. :(
* Oke awak, saya JELES. fullstop.

Tuesday, December 13, 2011

Mixed

Salam 'alaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Insyaallah, ini semester terakhir. Result semester lalu? Huh. Tersasar dari landasan. Even ramai yang pujuk, ' Tak pe rabia, bukannya jatuh banyak, sikit je pun... bla.. blaa...'. It's not the point laa, the point is nak grad dengan 1st class and seems like harapan tu dah tak ada. Unless, ulang grade mana- mana subject yang rasa grade tu tak memuaskan. Masih fikir.

Oke, habis story pasal result.

Cuti? Oh, banyak cerita gembira, banyak juga cerita yang buat air mata gugur. Heh.

Sampai saja kat rumah, terus tolong saudara punya wedding preparation. Seriously, penat tapi best la and it taught me many things. Kepada bakal-bakal yang nak walimah, pls make sure wedding kamu semua tidak bercampur unsur halal + haram. Contoh, tempat makan tidak bercampur lelaki dan perempuan. Pengantin pula jangan asyik dok salam tetamu sampai lupa solat. Paling best time wedding saudara hari tu, pihak pengantin dah sedia lagu-lagu yang nak di pasang sebab lagu-lagu yang diorang provide entah apa- apa [tak syara'.], bila dah petang tiba- tiba diorang pasang lagu diorang [baca: lagu macam kat club], then semua tak berani tegur. So just let it be. My abang baru sampai terus pergi sound. Heh. Ambik korang. Bukan setakat tukar lagu, tapi stop terus. Benda- benda macm itu pun sangat mainkan peranan. Kalau hari perkahwinan tu dah bercampur halal and haram, so hows their life gonna be after that? Would it be pleased by Allah?
Cuti hari tu jugak memang spend time betul-betul dengan my ba. Tonton cerita + bola sama-sama sampai tengah malam [sila istighfar], having a chit chat yang tak habis - habis, kena beleter [so oke, bukan selalu kan? and one day fine, i'll miss that so dengar je la :P ] and many more. Also, cuti hari tu asyik kena layan kerenah budak berlima tu and that made me think. Ohhh rabiaa, you are not matured yet. Fine. Nasib anak bongsu, bila la nak stop being childish ni.
Cerita sedih? Tak bole. tak bole. Nanti basah laptop ni :)

Cuti hari tu asyik layan channel Al Hijrah je, sangat berinformasi and sangat best.[Al hijrah, you should pay me for promoting your channel^^]. Nak ceritanya tersangkut cerita korea. JEWEL IN THE PALACE. Cerita time sekolah rendah, lama dah. Tapi sebab best sangat and lupa dah jalan cerita dia, so layan laa. Lama dah tahan diri jangan tengok cerita korea, last2 sangkut jugak [sila istighfar]. Tapi cerita ni banyak sangat pengajaran. Betul. Tak percaya? tengok la. Comfirm, tak menyesal punya. Cerita ini cerita benar zaman dinasti Chosun. Dae Jang Geum, gadis yang sangat tabah, di uji dengan pelbagai ujian and panjang lagi cerita diaa.


*  Baru tau kamu pernah operation dua kali. MashaAllah.
*  Apa tanda seseorang itu cintakan anda? Dia akan bergerak ke arah perkahwinan. Segera. Haihhh, main- main sungguh.

Friday, December 9, 2011

Aku amat- amat sayang dia

Allah T_T
aku sayang dia
Aku amat-amat sayang dia
Jujur, dia yang paling aku sayang 

Allah
Tolong jangan biarkan ini berpanjangan
hati aku sakit begini

Allah
sedarkan dia ini didikan dariMu
bukan kerana Engkau tidak menyayanginya
tetapi kerana Kau teramat sayangkan dia

Aku tak sanggup melihat air mata itu tumpah lagi
cukup 
aku tak mampu untuk melihat dia begitu lagi
Allah
tolong
Aku rayu
kembalikan dia yang dulu

Aku sayang dia
teramat.
T_T


* Air mata ini tidak mampu berhenti. Aku terlalu sayangkan dia. Maaf, aku bukan yang terbaik. Tapi aku sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik buatmu.

Sunday, December 4, 2011

Saya couple, saya ok!

Salam 'alaikum.

Menangis.
Hati rasa di carik-carik. Geram pada diri mungkin. Sungguh, entah siapa harus dipersalahkan.
Yang pasti, kerana aku tidak sungguh-sungguh 'berkerja' menegakkan yang haq.

Hati sakit bila melihat sahabat baik, seorang demi seorang lemas dalam dunia percintaan ynag sia - sia. Moga Allah lindungi diri ini.

Memang tak dinafikan, rasa seronok bila ada orang care pasal kita, ada orang sayang kita dan banyak lagi yang best mungkin. Tapi itu semua cuma seronok yang mengundang murka Allah. So at the end, seronok melayang, cuma 'sakit' yang ada. Maaf, maaf, maaf, saya yang berbicara di sini bukan bermakna saya terlepas dari ujian ini. Tidak. Cuma rasa terpukul bila melihat keadaan ini. Pasti, terselit teguran dari Allah.

Sahabat sayang, Jodoh itu rahsia Allah. Tidak perlu kita sibuk memcampuri urusan Allah (dengan couple), cukup persiapkan diri, perbaiki diri. Insyaallah, bila tiba masanya, Allah akan hadirkan si dia, bahkan si dia yang sangat soleh mungkin. Insyaallah, yakin itu! 


Article from Myilham. Moga bermanfaat.

                                                                         *****


trend bercouple yang makin lama makin ok~

“Saya dah sekian lama menjalinkan hubungan dengan dia. Masuk ini dah hampir 3 tahun kami bercouple. Tapi pada kami, couple tidaklah seburuk yang sering digambarkan oleh ‘orang agama’. Saya bercouple, dan saya ok. Kami menjaga batas perhubungan dan saling menghormati. Keluarga kami pun merestui perhubungan ini, cuma mungkin kami belum bersedia untuk berkahwin. Tentang pelbagai kes terlanjur, zina dan buang anak, pada kami itu perbuatan manusia2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Itu manusia2 yang gilakan seks semata2.”
Apa pandangan anda dengan statement di atas?
Kita akui, apa yang dinyatakan dalam statement di atas, atau yang mungkin keluar dari mulut sebahagian besar ‘ahli couple’ pada hari ini ada benarnya. Memang ada orang yang bercouple, tetapi akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu. Siap boleh cerita pula dekat cucu2 tentang kisah couple mereka.
Sesetengah pula menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.
Itu pada mereka pelangi dan warna warni dalam percintaan. Ia membawa kepada keakraban hati dan lebih mengenali.
Kalau berjauhan pula, medium2 seperti facebook, skype dan ‘coling2′ boleh dimanfaatkan sebaiknya. Bukankah itu satu keindahan dalam perhubungan, sepertimana yang sering kita saksikan dalam filem2? Bukankah suatu yang sangat ‘sweet’ bila sang lelaki sanggup menelefon dari luar negara selama berjam2, semata2 mahu memujuk hati kita yang merajuk?Ah. Keasyikan cinta ini benar2 menjadikan dunia ini aku yang punya.
..
Tunggu dulu.
Bercouple memang seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple.Baik, kita cari kebenaran.
Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita rasa meluat pula untuk cari ‘orang agama’, apatah lagi mereka2 ini jenis yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah, betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.Sekali lagi, kita nak mencari kebenaran.
Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :
1- berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2- berpegangan tangan atau berdating
3- bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama2
4- melazimi perkara2 / perbuatan2 yang membawa kepada mukaddimah zina
Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud ‘couple’ tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.
Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di dalam Surah An Nur :
Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Belek2 lagi, jumpa pula Firman Allah ta’ala :
” Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang2 yang berpenyakit dalam hati mereka ..”
Kemudian kita termenung seketika. Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat2 Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.
Lelaki yang beriman? Akulah itu.
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja2 masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik2 girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja2. Tapi Allah larang ….
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang2 tangan, duduk rapat2. Ini pun Allah larang..
Baik, berbalik kepada perbincangan asal. Iaitu mencari kebenaran.
Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?
Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang2 yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :
” Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? ”
Pada saya, kata2 ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih2 lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba2 dimarah sebegitu. Kurang asam betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.
Kenapa saya kata positif?
Sebabnya, mereka2 ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar2 menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.Hidayah milik Allah..
Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata2 di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk ‘menyelesaikan’ hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka  Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat2 di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar melakukan..?
Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini : ” Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa? “Anda sanggup..?
Saya Couple , Saya OK
Kebiasaannya, hujah ini keluar dari mulut dua golongan. Pertama, golongan yang bukan belajar agama. Tetapi mereka berminda intelektual. Masing2 ada pasangan, ada masa berdating dan ada masa fokus bekerja atau belajar. Kehidupan mereka jauh dari anasir2 tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan sebagainya.
Kedua, golongan yang belajar agama. Berminda agamawan. Berjiwa islamik. Pandai mengarang ayat2 tazkirah dan mutiara kata hikmah. Mereka mempunyai pasangan masing2, ada masa bergayut di telefon, ada masa ber’sms’ , ada masa mengirim hadiah harijadi, ada masa saling kejut untuk bangun Qiamullail, dan ada masa mereka benar2 fokus pada pelajaran dan kerja agama.
Kedua2 golongan ini adalah golongan yang paling suka menyatakan : Saya couple, tapi saya OK.
Persoalannya..benarkah couple itu OK?



Thursday, November 17, 2011

Semester break; To-do list

Salam 'alaik bloggie.
Alhamdulillah, selesai 5 semester. Less than one month to be in semester 6, insyaAllah.
Semester ini paling tough mungkin. Too many things happened. But alhamdulillah, those things taught me a lot.
Dear myself, please positive in Allah. Allah won't sent this unless He will give something good in return. Kan?
Allah kan baik, sangat baik :)

Cuti 3 minggu (No outdoors activity).
To-do list:
1. Hafal Al Quran, mesti, mesti. Asyik stop memanjang jee. Haih.
2. Khatamkan buku2 yang bersepah atas meja yang minta diberi perhatian. Oh ya, kecuali utk satu buku yang saya simpan elok dalam kotak. Sebab? Nanti dah melepasi saat itu, baru saya baca. ,^^
3. Nak belajar menjahit! Tamak tak? HAHA. Nak pandai semua benda^^
4. Ada lagi? oh ya, mengajar di Ibrah. mengajar la sangattt. Heh.
5. Nak pastikan mujahid2 cilik tu hafaz al quran.

* Shiro ada kat rumah^^

Saturday, November 12, 2011

Memories


Disudut matamu
aku tahu kau juga rindu
Pasti jua terselit marah
Aku mengerti itu


Aku juga rindu
Aku juga marah
Usah kau bimbang
kerna aku juga merasa yang serupa


Dulu, kita hidup dalam sebuah kisah persahabatan
Kau dan aku
Ceriteramu, ceriteraku
Janji kau, kita bersahabat selamanya


Itu dulu
Dulu, waktu itu
Hidup kita dibalut perca-perca jahiliah
Menyesal?
Oh, tidak.
Itu pengalaman pada aku
Mengajar memahami isi duniawi


kau kenangan indah dalam kamus hidupku
Mengapa?
Kerna kau pernah membasuh lukaku
Pernah menampung koyak dihatiku


Tapi kini
baru aku sedar semua itu salah disisi Sang Pencipta
Biarpun kau dan aku hanya sebuah kisah persahabatan
Jangan kau gundah,doaku ada buatmu
aku sisipkan dalam setiap rintihku pada yang Esa


Cukup kau tahu
dirimu pernah menjadi insan terpenting dalam diari hidupku


* I'm totally miss him. Miss those memories.  i couldn't do anything more as i know it is prohibited in Islam. O Allah, please be with him always. T_T

I'm trying to be the best in Allah's eyes. 

Monday, November 7, 2011

Aku juga manusia

Tanpa sedar 
Aku leka dalam dunia ciptaan sendiri
Aku lalai bersama fantasi sementara

Ahhh
Bijak si laknatullah menghias
Sengaja melambatkan langkahku 

Alhamdulillah
Untung Dia masih mahu menarik aku kembali
Untung Dia hadirkan si dia yang mampu mengingatkan
Untung.


Al Baqarah : 153


* Allah, i want to be a better me. Please, please. T_T

Tuesday, November 1, 2011

Kemas dalam simpanan Allah



O my future Imam...

I may not know who are you 
I may not know where you are from 
But I do not care
I 'm sure someday Allah will let me know about you 
I 'm sure you are the best that Allah has chosen for me 
I'm sure Allah will allow me to meet you on the right time 

Oh the owner of my rib ....
Whoever you are 
I promise 
If I found you ,I would love you eternally because Allah 
I would always obey your commands 
I would stay by your side ,no matter what 
And keep this love till the end of time 

If you only knew 
Deep inside ..
I ALWAYS SAY A LITTLE PRAY 

YA RAHMAN..

I pray for the one who will be a part of my life 
A man who loves you more than anything 
A man who loves me because of you 
A man who understands me completely 
A man who needs my smile to make him happy 
A man who has gentle heart and nice behavior 

Ya Wadud...
Please guide my heart 
Do not let me fall in love with the wrong one 
till the day that You specify 
I'll keep my love for the chose one .

Sunday, October 23, 2011

Life

Yea
Trials and tribulations in life
It's one of the way to show His love towards us

I always bear in my mind
Allah makes this happened cause He wants you to learn something
cause He loves you
cause He cares about you

But 
somehow 
when 'those things' came without non stop
it makes me think
Why me?
Why not others?
I'm not strong enough to face all this by myself

Allah says in His Quran
' Adakah kamu mengira kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji?'

Alhamdulillah
Allah loves me
Allah cares about me
Rabia, don't you know about that? 


* Allah, jangan biarkan semua ini melambatkan perjalananku untuk mengejar cintaMu. Ya rabbul izzati, jadikan semua yang berlaku ini sebagai batu loncatan untuk aku terus melaju mengejar cintaMu. Ya Latif, Kau yang memegang setiap dari hati-hati kami, jadikanlah hati-hati kami hati yang sentiasa dekat denganMu.Ya Ghafur,  pengampunanMu teramat luas, aku pohon ampuni dosa- dosa ku T_T 

* Miss my mak sangat-sangat. May Allah gather us in Jannah T_T



Friday, September 30, 2011

Aku ingin cintaMu

Salam 'alaikum bloggie.


Alhamdulillah untuk segala nikmat yang diberi olehNya. Walau semua lautan di jadikan dakwat, namun nikmat yang diberi olehNya tidak akan habis di tulis.


Alhamdulillah, Allah hadirkan dalam hidup saya insan-insan yang sentiasa mengingatkan saya tentang CINTA kepadaNya. Cinta terAGUNG. Cinta yang tiada kecewa. Rasa bahagia bila hari-hari yang di lalui sentiasa diisi dengan berbicara soal cinta Allah.


Benarkah cinta?


Untuk mengungkapkan 'aku cinta padaMu, ya Allah', rasanya belum mampu. Kerana kalau benar cinta pasti setiap masa Dia berada dalam fikiran, setiap kali melihat sesuatu yang Allah benci, hati masih belum membenci sepenuhnya.


Cinta itu harus diterjemah. Jika benar cinta, bukan setakat melakukan semua perkara yang Dia suruh, bukan juga sekadar meninggalkan segala yang dilarangNya tapi lebih dari itu. Kalau benar-benar cinta, kita akan sungguh-sungguh dengan dakwah, kalau benar-benar cinta, kita akan sungguh-sungguh belajar, kita akan sungguh-sungguh dalam semua benda yang Allah suka.


Kalau dengan manusia, sangat mudah untuk kita tunjuk bahawa kita mencintai dia. Melalui perbuatan, ungkapan, beli hadiah, caring pasal dia  dan pastinya banyak lagi. Mudahkan?



Allah Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad):“Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang“. (Ali Imran:31)

Tak rugi jika kita bersusah-susah untuk mencintai Allah kerana hasilnya sangat-sangat membahagiakan!




Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Teman, jom rebut cinta Allah yang mahal tu! :)


Ya Allah, permudahkan laluan kami untuk mencintaiMu. 

Tuesday, September 20, 2011

Izinkan cuma Kau yang bertakhta di hati


"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "



Tuesday, September 6, 2011

Asthma oh asthma

Semalam kena sedut sekali dikilinik
Pagi tadi hentam tiga kena sedut kat hospital
Padan muka kan?
Sapa suruh tak pantang
.....................

Sama macam kehidupan kita di dunia ni, bila kita tak ikut 'pantang-pantang' yang Allah dah tetapkan tunggu lah nanti datang 'sakit' dari Allah.


Awak, awak.. bila awak nak pergi dari hidup saya? huhu


* My hero pesan rehat banyak-banyak, jangan fikir yang tak perlu ;)
* Pesanan penaja, sila jangan amalkan sangat benda dalam gambar diatas. sekian.


Sunday, September 4, 2011

The Power of Du'a


Du'a
Ask Allah for everything
and Allah will answers it
soon or later
at the time you need it

Du'a
You are letting Allah to decide 
what's the best for you
You put your trust in Him

Du'a, du'a, du'a
trust me
You won't regret.

Saturday, September 3, 2011

Choices


Life is about making CHOICES.
The road to be TAKEN.

Thursday, September 1, 2011

Learn: Redha


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Tuesday, August 30, 2011

Traveler, you and me


Musafir ini masih jauh
panjang
ketelitian dalam memilih ketua musafir ini
bimbang salah pilih
salah juga jalannya nanti

Tuesday, August 16, 2011

Dia menanti kalian di sana

Alhamdulillah.

Allahmdulillah untuk nikmat iman dan Islam, juga untuk nikmat hidup ini yang memberi aku peluang untuk mengenalNya disepanjang perjalanan menuju redhaNya. Alhamdulillah ya Allah!

Hakikat kehidupan bahawa mati itu pasti menyusul. Tidak kira berapa umur tuan punya badan, si mati pasti hadir  mengikut arahan Ilahi. Mati. Ya, mati.

Khabar berita seminggu lalu mengenai kematian anak saudara benar-benar terkesan di hati. Macam-macam yang terfikir. Kandungan yang sudah berusia hampir 6 bulan, tidak sempat menatap dunia ciptaan Yang Esa, tidak sempat melihat wajah kedua orang tua yang sangat mengimpikan kehadirannya.
Berembas air mata mengalir. Sedih. Saya yang bukan si ibu yang mengandung dah rasa sangat sedih, apatah lagi kakak ipar. Teringat ba dan abang yang tidak sabar menanti si anak kecil itu lahir.

Kata ba dengan nada yang gembira,
'Adik, tau tak kak anis scan hari tu, doktor cakap anak lelaki.....'

Abang pula, 
' Adik, cuti bulan 12 adik jangan pi mana2 tau, jaga kak anis dalam pantang nanti...'

Cucu pertama dari anak lelaki yang dinanti semua. Dalam fikiran, macam mana keadaan kak anis? Ini kali ke dua dia miscarriage. Dalam hati tak putus-putus berdoa, moga ditabahkan mereka menghadapi sapaan sayang dari Tuhan melalui kehilangan anak yang dinanti.

Saya kagum dengan abang. Yes, my abang! My hero! Sama macam dulu, sentiasa memberi semangat tika  ujian mula menyengat. Semestinya, dia seorang suami harus menguatkan isteri. Alhamdulillah, masing-masing positif dengan apa yang berlaku. 

Sajak yang saya ambil dari FB  kakak ipar,

Anak kecil itu berlari riang
Ku kira hatinya gembira mendapatkan hadiah

Diusungnya kemana saja dia pergi
Jika ditarik, pantas dicapai kembali

Dia menoleh ke arah ku
Senyum simpul bibirnya yang mungil itu

Ku tertawa kecil melihatkan gelagatnya
Ahh...inilah yang dinamakan bahagia

Perlahan-lahan ku tersedar
Ku bangun melontarkan pandangan ke luar

Langit mendung bunyi gemuruh
Sudah masuk waktu musim luruh

Insya allah...jalanku masih jauh
Akan ku susuri selagi kudrat mengalir di tubuh

Si kecil menantiku di sana
akan ku temui dia bersama teman sehati sejiwa

Yah..suatu hari nanti
Pasti
Kerana itu adalah janji Allah
yang ku pegang erat, ku semat di dalam hati...


Ya Allah, kuatkan abang dan kakak. Yakinkan mereka bahawa ini adalah sapaan sayang dariMu sekadar menguji sejauh mana yakinnya mereka dengan qada' dan qadarMu.

Buat abang dan kakak, usah risau. Si dia sedang menanti kalian di sana untuk menghuni Mahligai Yang Esa bersama. 

Bahagia rasa bila setiap yang berlaku disandarkan hanya padaNya.


 

Friday, August 12, 2011

Bersediakah menjadi penyejuk mata?

Aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku supaya menjadi penyejuk matamu, kerana aku juga turut sama mendoakan dirimu setiap kali dalam doaku. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan hubungan kita dengan Allah, agar dapat menjadi penyejuk mata antara satu sama lain suatu hari nanti, insyaAllah.
 ****
” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
 
Taken from www.myilham.com.

Aku ingin kerehatan di sana

Alhamdulillah, welcome to 2nd phase of ramadhan. 

Lately, memang letih.  Benar la kata Imam As Syahid Hassan Al Banna,

'Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada'
 
Letih. Itu perkara biasa dalam rutin kita sebagai manusia. Ada yang pergi kerja, then balik letih. Ada yang rutin hariannya pergi sekolah, then buat homework dan dia rasa letih. Bermacam -macam situasi. Tapi bagi orang mukmin, letih yang di rasa itu letih yang manis. Manis? Ya, letih yang manis sehingga merasakan letih itu letih yang membahagiakan. Bahagia kerana masa-masa yang ada terisi dengan amal islami, tiada ruang untuk jahiliyah menapak. Biarpun letih, tidak mengapa kerana letih itu bernilai disisi Allah.

Bicara sayang dari Allah menerusi Surah Ali Imran : 200,
 
'Wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung'
 
* Banyak kerja yang menanti dan tanggungjawab juga makin bertambah. Allahumma yusahhil.

Pujuk hati "Rabia, ini saja saham kamu di sana nanti'


Thursday, August 11, 2011

Untuk aku dan kau


Tatacara Berurusan & Muamalah:

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?


3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Basically, nampak macam susah nak apply dalam urusan seharian tapi tak mustahil. InsyaAllah boleh. 

* Sesiapa yang nampak saya ter'over' dalam berurusan dengan kaum adam, silakan tegur. 

      Ramadhan ini, mari sucikan jiwa, jadi wanita yang lebih bermaruah ♥