Sunday, July 31, 2011

Program Guru Muda SERU Hilal

Salamun 'alaik.

Alhamdulillah, today is 1st ramadhan. Alhamdulillah, Allah had chose us to meeting this blessing month. Allah is  giving us a golden opportunity to be a better servant, insyaAllah.

                                                                        ***

Program Guru Muda SERU Hilal ialah program bagi pelajar darjah 5 dan 6. Lebih kurang macam kelas tambahan, pecutan akhir atau apa saja nama yang di beri. Alhamdulillah, saya dan beberapa teman yang lain di beri kesempatan oleh Allah untuk menjadi 'guru muda' untuk program ini. Saya mengambil English year 6 untuk di ajar.

Pakej


Tugas seorang guru ialah mendidik bukan mengajar. Saya pasti kalau sekadar mengajar siapa pun boleh tapi tugas mendidik bukan benda biasa-biasa. Mu'alim / mu'alimah yang mempunyai fahaman islam yang jelas amat diperlukan kerana sekolah adalah rumah kedua bagi seorang pelajar. Apa yang di DIDIK oleh gurunya, insyaAllah pasti didengar. Tambahan, bagi sekolah kebangsaan, mu'alim seperti ini amat-amat perlu.

Alhamdulillah, dipilih Allah untuk merasai semua ini meskipun hanya untuk beberapa ketika. Sungguh, benda ini bukan benda biasa- biasa. Seorang guru perlu 'kreatif' dalam menterjemahkan konsep berilmu dalam Islam. Pengalaman mengajar 'anak-anak' yang hyperactive memang menguji kesabaran juga kebijaksanaan dalam mengendali mereka. Ada seorang pelajar bertanya, ' Cikgu, 'those' tu macam mana? Kami tak tahu la. '.  Dalam hati, 'Allah, macam mana nak terang ni?'. Dalam masa yang sama, ada yang bangun berjalan-jalan ganggu kawan-kawan yang lain. Sungguh seorang guru itu sangat mulia kerana menjadi seorang guru bukan mudah yang disangka.
Alhamdulillah, Allah ilhamkan untuk menjawab soalan pelajar tadi dan pelajar yang suka ganggu kawanya tadi, saya kata padanya, ' Allah suka tak kalau kita ganggu kawan kita?'. Dengan sendiri, dia berjalan duduk di tempatnya tanpa perlu di suruh. Jelas, anak yang didik mengenal Allah terlebih dahulu, hasilnya luar biasa!


Berbahagialah

 "Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalnya melainkan tiga perkara, iaitu  sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anakn yang soleh yang mendoakannya." (Hadith Riwayat Musilm)


Best kan jadi guru? Cuma untuk menjadi guru yang Allah suka dan sayang perlu la sabar, sabar dalam mendidik dan cuba untuk ' proses' anak didik itu mengikut acuan Islam. Tak kisah la ana murid panggil apa sekalipun, cikgu, sir, ustazah, ustaz, teacher atau apa saja, hakikatnya kalian adalah insan istimewa di 
pandangan Allah. 





Mari menjadi hambaNya yang bersyukur. Banyakkan bersyukur dan kurang-kurangkan merungut! 

                                                                            ***

Bibir acap kali mengulang ' Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu'. Namun, tindakan yang di ambil kosong, tiada isi. Sudah masanya diterjemah dalam kehidupan. Moga Allah redha dengan usaha kecil ini, usaha untuk menjagaMu. 


No comments:

Post a Comment